Life

Personalie

Monday, December 6, 2010

AWAL MUHARRAM-doa akhir tahun dan awal tahun

AWAL MUHARRAM- doa akhir tahun dan awal tahun

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

(klik imej untuk paparan lebih jelas)

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

(klik imej untuk paparan lebih jelas)


(sumber: http://citramadani.blogspot.com)



Tuesday, November 23, 2010

Style wedding zaman sekarang

wah~~~
ape cite?? sekarang ni dah musim pulak orang buat video wedding ek?kalau dulu pon memang dah ade dah video2 ni, tp dulu xde facebook, so yang tengok vid tu hanyalah pengantin dan family2 nye...sekarang dengan perkembangan teknologi, vid dah leh upload kt youtube, pastu leh pulak upload kat facebook, twitter, etc...pastu dh kt facebook tu, cepat jek tersebar, semue orang share vid tu... :)

dalam vid tu pulak, wedding nak grand..memang superb! bagi yang banyak dwet tu, leh la buat majlis se'grand' itu kan...tapi untuk kite dan saya yg xseberapa ni, cukup la sekadar majlis yang sederhana.

ok la sebab at least leh berkongsi keseronokan or imagination jela untuk wedding gaye mewah cmtu..jangan sampai terpengaruh n sanggup bergolok bergadai semata-mata nak held wedding cmtu pulak, sudah la....coz yang paling penting adalah life selepas kahwin tu. Bimbang kalau wedding dh macamtu, lepas kahwin nanti mkn batu n kayu je kang~ :P satg dapat pulak rezeki cepat dapat baby, nak kena kumpul dwet belanje untuk baby lagi, kannnnnn~

haaa...ni aku bagi beberapa vid wedding gempak tahun ni...



Tuesday, November 16, 2010

Emo~

tibe2 nk emo...

"Awk dh bahagia, dh elok2 dengan si die sekarang, kenapa perlu cari sy lg? awk nak ape?
saje nk maenkan perasan sy?untuk suke2?untuk kenang2 memori lama? APA??APA??! Nanti xpasal2 sy rosakkan LAGI hubungan awk! Sy dh berpunye, awk pun dh berpunye, sy xpaham kenapa awk cari sy lg? kan awk dah happy dengan ur new gf sekarang kn... Plz, janganla rumitkan relation awk dan relation sy.Awk suke ke tgk sy BLUR cmni....? HUH~~"

Xpaham la dengan LELAKI ni... my Dr.Love, tolong la sy.....

p/s:sape Dr.Love sy?sy jek yg tau....

Monday, November 15, 2010

Lelaki tahu, Perempuan tahu..

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Sumber: Ridzuan Azmi

Tuesday, November 9, 2010

Kufikirkan....

Salam. Semalam aku p jumpe sorang kawan yg aku rase cukup rapat dengan aku. Dah lame xjumpe die, membuatkan aku rase "Giler rindu" kat die nih.. jumpe die sebab dah lame xjumpe, n nak tau perkembangan die.. Sekarang ni die dah kerja kt satu agensi kerajaan kat Selangor. Even just jawatan bese, dapat kerja dengan cert SPM, tapi aku cukup kagum dengan cara die berfikir. Rase bagus sangat dapat borak dengan die, sebab die suke share semue yang die tau kat aku. Lagi2 pengalaman die, life die yang buatkan aku banyak berfikir. Aku pn sedar, setiap kali aku jumpe n borak dengan die, aku mesti akan terdiam kejap seolah2 sedang berfikir pasal ape yang die dah cakap kt aku masetu. N at the same time, terasa banyak sangat bende yang aku xtau psl life experience, isu2 semasa, etc... Thank God aku ade kawan mcm die.

Aku akan pegang 1 kate2 die ni... "Just don't think what u gonna eat with your certain amount of money, BUT figure out How u gonna find money".

Serius, aku terdiam kejap dengar ayat yang die cakap tu.. Aku xpenah fikir pon..huhu~

Ini ape yang die terangkan pada aku...

"Ibarat macam 8 orang yang nak kongsi makan sebungkus meggie. Jangan pikir ape nak buat dengan meggie tu, tapi pikir camne nak share meggie tu utk 8 orang"

ermm...kalau dulu b4 kerja aku penah pikir "Tau la aku nak budget gaji aku cmne" tapi sekarang baru aku tau cmne my parents punye susah nak budget duit untuk family aku. Memang susah!! And Im so GRATEFUL dapat parents especially my father's gf (my mom la!) yang sgt ariff pasal duit nih.

Special buat kawan aku tu,...You are the best fren ever!! Im gonna keep u in my mind and my heart for the rest of my life!! :) Cayang Kamu!!

Friday, November 5, 2010

apakah LELAKI??

Isu harini...LELAKi..hehee..kalau ade lelaki yg bace entri ni, leh la tolong jawab kot2 ade soalan pelik nanti.. :)

LELAKi~~1st isu yang xleh dipisahkan dengan LELAKi ialah E.G.O. Kenapa??? Sebab lelaki walau mcm mne pon situasi nye, ego is the NO. 1 thing to keep. Banyak sangat contoh kalau nak disenaraikan... Let me try.

1.Kalau sesat jalan, LELAKi xmau kuar dari kereta p tanya kt orang. Die mesti suruh gf die yang p tanya. Kenapa? Padahal die la driver, ikut logik die la yang kene p tanya, biar die yang drive tu paham which road to go....ha....

2.Kalau gaduh gf vs bf, LELAKi majority nye susah nak minta maaf if die buat salah. Kenapa? Padahal die yang buat salah..

3.Lepastu, bile gf merajuk pon, xdela hati die nak pujuk cik adik die..huh~ Kenapa? Kesian pada cik adik tu, kena la pujuk diri sendiri.


Hurm....walau bagaimanapun, even aku ni gurls...aku xdela nak menyebelahi mne2 pihak, baik pihak LELAKi atau PEREMPUAn..Ade sebabnye....tettttt~~~ :)

Sebabnye, semue ni depends pada individu tu..means, xsemua LELAKi adalah seperti yg disebut di atas...Penah x dapat bf yang selalu jek buat kite sakit hati, then senang2 minta maaf...seolah2 "Buat salah, minta maaf....Buat salah lagi, minta maaf lagi.." At last nanti, maaf tu dah xde makne bagi gf die tu..huhu...

Then EGO...Wahai PEREMPUAn, terima jela hakikat bahawa si LELAKi memang tinggi dengan EGO nye. Kadang2 pernah juga aku nak try, ckp dlm hati "Wah, die ingat die sorang ade EGO?" then terniat nak tnjuk EGo sendiri jugak. Mule la xcontact 3 or 4 hari. Tapi, setinggi mane pun EGO seorang wanita, tinggi lagi EGO si LELAKi........

Pujuk memujuk..Ikutkan pengalaman, payah aku nak ingat berapa kali aku dipujuk oleh my bf or my ex2 bf.. Tapi bagi aku la, pujuk tu memang perlu just untuk kite tau bf tu caring dengan kite.. Tapi, kalau asek merajuk jek, jenuh jugak nak pujuk. Btol x? hahah!! (sedikit menyebelahi LELAKi) Aku teringat zaman2 dulu la, bile merajuk, aku suke dipujuk. Tapi sampai 1 mase, bile gurl dah selalu dipujuk, laen pulak jadinye. Bile dah selalu dipujuk, ade gurls yang makin dipujuk, makin die jual mahal...Wah, naik lemak dah kot gurls camtu... Sangat bertuah kalau bf die still memujuk. Sekali bf die fed up, die lantakkan aje, baru putih mate pulak gf tu.hahaah!! Lepastu gaduh....Sudah~~~~~~ Gaduh la pulak..haa... Aku xsuke dah gaduh sebab remeh temeh ni. Pujuk jela diri sendiri.hahah!!!

Kesimpulannya, perlu ade "Give and Take" la between LELAKi n PEREMPUAn...paham kan~ Penat lah nak cakap byk..kalau cerite, memang xabis kot isu nih...hehehe~

Ok la, till now..Daaa~~~

-->the best phrase for today "Give and Take"

Kawen? Duit? Mampu? Meriah?

Ha...Banyak tanda soal pada tajuk kite...hhee..xpe2....keep on reading...nanti terjawablah soalan....

Ramai member2 aku dah nak masuk alam rumahtangga dah sekarang nih..Ade yg dah ade 2 babies pd umo 23.pergh~~sedangkan aku, masih huhahuha lg..mungkin memang blom sampai seru aku nk dirikan rumah tangga lagi...

KAWEN.Teringat mase chat dengan member aku kt facebook haritu.tau2, die jemput aku kenduri kawen die!!! dulu kat matrix, die la paling otai dalam bilik. Tu la orang kate, "Dont judge a book by its cover". Yang otai, ganaz tu la yang kawen dulu..yang terkejut tu, kenal xlame pn...setahun lebeh jek, dah nak kawen..naik segan pulak ngn die, aku kawan+kapel dh dkt 4tahun xjugak kawen2...xpela, dah jodoh die sampai dulu kn...

ok, setel pasal tu..pasal DUIT pulak..sekarang ni kalau xde more than 10k, blom boleh nak kawen..lagi2 pada pihak lelaki la..mne nak bayar kenduri, hantaran kpd pihak pempuan lagi, mcm2...ha, cakap pasal hantaran ni.....rase nye macam menjadi2 pulak sekarang ni,kalau xde 10k hantaran, xsah. adela 1 pengantin ni mase aku p kenduri rumah tu, hantaran die 10k.mak ai!!!! terkejut la aku..pmpuan tu keje kilang je pon.wah2~!!! bukan nk pandang rendah pd pkerja kilang, tp bg aku hantaran jgn ler smp gitu..takut nanti lepas kawen makan batu n kayu jek kang... hidup lepas kawen tu lagi penting..

Lagi 1 pasal kenduri kawen, kalau xde banner, streamer or bunting kenduri skrg, memg xsah. kalau dulu kite just nampak tanda arah untuk tuju ke rumah pengantin kt tiang2 lampu jalan, traffic light...sekarang dengan banner skali die gantung.hehehe.. lepastu kad jemputan, yang kilat2, wangi2, design gempak2...kite tgk kad jemputan, mcm dah xsabor dh nak datang tgk pengantin, majlis, n paling penting MAKAN!!! hahahha~ lepastu lagi, kemah kawen or kanopi..lagi pulak zman sekarang ni, semue cantik2...

Tapi tu la, adela penah aku dengar 'orang2 dewasa' cakap...kalau kad die gempak semacam, pastu dtg rumah tu kanopi style yg mahal2 tu, jgn puji banyak dulu....rase dulu nasi minyak die cmne...aku setuju. sebab penah sekali aku pegi kenduri kawen ni, umah die siap ade banner gambar pengantin, dh mcm YB pn ade, pastu kanopi mhl, then dengar kabar pulak buat nasi beriani...nak la rase sedap mane nasi beriani tu kan.....pastu p la ambek mknan n find seats..suap jek nasi tu ke mulut, serius xsedap....kire kalau orang cakap, "Indah khabar dari rupa" lah ni..tu la, jangan "More words than action".......aku rasela, budget die dah lari utk makanan sebab dah buang byk dwet kt bende remeh temeh semue tu, yg aku tgk b4 aku mkn tu...so, the last balance of budget tu br la utk nasi beriani tu kan. so, dapat ape yg ade jela....

Orang cakap, orang akan ingat ape yang masuk dalam perut die. kalau sedap, itu la yang die akan dok cerita bile balik rumah nanti.Tapi if yang cantek2, yang nampak mahal, orang cerita kejap jek, pastu orang dah lupe. same la macam husband n wife kan..if nak bagi husband tu kekal n setia ngn kite, bg perut die berisi,masak sedap2, setia n elok la die.....seolah2 mcmtu la kot...

Kesimpulannye, semue ni terpulang pada piahk yang nk buat majlis la..andai kate die orang kaye, ape yang aku duk bebel kat atas xkan jadi isu pun "small matter lah" die cakap. :) tapi, dalam agama pun, kite dinasihatkan supaya bersederhana dalam ape2 perkara pn kn..... so, ni just pendapat n pandangan aku jek..Xtau la kalau xsame dengan ape yang korang pikir..

ok la, till now.Daaaa~ :D

-->the best phase for today, dont be "More words than actions"

Friday, October 22, 2010

Intro....

HAAA~ Assalamualaikum... aku bukak blog baru..dulu ade blog, tp bile dah xt'update, jadi terbiar jek blog tu..tu yang buat baru ni.heheh...

As an intro, aku intro sket la about myself. im a lovely gurl(ahaks!!), a "why" thinker..always think bout future..how am i gonna face my own future..and how am i going to be the best human being on earth..always think bout difficult things than the simple 1.huhh.. pyh x?heee...

aku ni senang berkawan..tp at first sight, orang yang kena mula tegur aku dulu, sbb aku ni pemalu orangnye.tapi, bila dah kenal, br korang tau aku cmne.hahah!! tp tu la, ramai orang mase mula2 nak kenal dulu, diorang cakap muke aku ni cam garang jek, klo orang kedah cakap "cengey"...nak wat cmne, kurniaan Allah dengan muke cmni kan...(at least, ade jugkorang nak ~~~~) hehe...

Er~ perlu ke ckp ALL bout myself?xperlu la....sket2 ckup la ye...